Monday, September 15, 2008

Oh Rupanya Kita Bersaudara....

Assalamualaikum......salam sejahtera. Di harapkan pada masa ini semua orang sihat-sihat belaka, dapat rezki yang baik-baik, kawan-kawan yang baik, kenangan-kenangan yang manis, duit-duit yang berkat, pahala-pahala dan ganjaran dari Allah s.w.t dan semua macam perkara yang baik-baik. Jangan ada antara kita sekarang yang mendoakan keburukan untuk orang lain.

Sudah tiba masanya kita mengamalkan hidup yang 'islam' dari yang sepatutnya Orang kata islam itu hanya pada nama saja, kalau difikirkan betul jugak. Berapa ramai yang namanye islam, tapi nampak macam tak segan silu memegang botol khamru, berapa ramai yang pakai tudung tapi nampak macam telanjang je, berapa ramai yang mengaku islam tapi macam dah lupe nak baca fatihah...aduss pening kepala aku nak fikir apa nak jadi sekarang! Nak fikir apenye dah memang akhir zaman macam ni...Alamak dah akhir zaman ke ni? Aisey belum tobat nasuha lagi nih...tapi takpe, pintu taubat sekarang masih lagi terbuka luas untuk makhluk yang bernama manusia...Jadi jangan buang masa lagi, mulai saat ini apa kata kita ramai-ramai insaf dengan sendiri (dapat hidayah dari Allah). Kita tinggalkan segala kemungkaran dan amalkan segala kemakrufan...mudah-mudahan segala dosa kita akan diampunkan oleh Allah s.w.t.

Pernahkah kita terasa bahawa hidup kita ini macam ade sesuatu yang tak kena aje...rasa macam tak sedap hati je, tak senang nak duduk je, nak tidur pun tak lena je..( ni kira muhasabah diri la jugak ni). Pernah tak? Kalau tak pernah kena balik buat double check tuh, takut urat-urat keinsafan sudah terputus. Kalau pernah baguslah...samalah kita. Bukan ape sebenarnye kita rasa macam tak selesai je 'kerja' kita... ye lah hari-hari kita ternampak kemungkaran yang dilakukan oleh saudara-saudara kita, kemaksiatan berleluasa, kerakusan semakin membarah, kezaliman tiada kesudahan, penganiayaan dan penipuan menjadi lumrah...Bukankah kita diutuskan ke dunia ini hanya dan semata-mata untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada yang Maha Esa? Bukankah kita sudah sedia maklum bahawa di sana nanti ada ganjaran terbesar yang menanti dengan syurga atau neraka? Bukankah kita sudah diutuskan dengan Rasul dan Nabi-nabi yang membawa Kitab kebenaran? Hmm begitu banyak persoalan yang dibuat tak endah...sedangkan kita dah tahu jawapannya! Jadi kepada mereka yang 'tahu'(alim), apakata kita menyeru dan mengajak saudara-saudara kita yang terlupa untuk kembali ke 'jalan yang lurus'.... Apakah kita sanggup melihat kemurkaan Allah itu ditimpakan ke atas kaum kerabat kita?? sahabat-sahabat kita?? jiran-jiran kita...?? sedangkan mereka itu semua adalah saudara-saudara seagama kita.!! Apakah kita sanggup melihat saudara-saudara kita nanti dicampakkan ke dalam api neraka?? Perggh, panas bebb!! Azab beb!! Sengsara beb!! Jadi kalau kita sayangkan saudara-saudara kita, marilah kita mulai hari ini melaksanakan tugas 'dakwah ' ke arah mengabdikan diri kepada Allah tanpa meninggalkan urusan dunia...kerja ni bukan free..kita akan dibayar...mahal upahnya...PAHALA DAN SYURGA.



3 comments:

Abdul Halim said...

azlim...lamo tak jumpa....blog aku..www.janjialam.blogspot.com

eiLda epaL said...

hai en.azLim...

masih ingat eilda?
wahh! welcome to the bloG club...
syIoknya bile ramaI skrg dah ada blog...
tak semestinya serius...
kalau seriUs sangaT pon boriNg jugak...
selain berkoNgsi ilMu, boleh jugaK share peNgalaman hiduP...

Update lah bloG selalU yer...
Jumpa lagie... =)

Anonymous said...

Eh..mu bz ko sampai xdan nak update? Kawe lagi la. Last January nuu..haha...